Program Pewaris Muda Negara 2019
2 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Padang Wahid bersama-sama kluster Langkawi telah dijemput untuk menyertai Program Pewaris Muda Negara 2019 anjuran JABATAN PENERANGAN MALAYSIA NEGERI PULAU PINANG.
Program ini merupakan salah satu program “Menjana Minda Rakyat” untuk membentuk minda dan sahsiah para penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) ke arah nilai-nilai modal insan yang tinggi dan cemerlang.
Selain itu, JaPen yang bertanggungjawab memasar dan menyalurkan maklumat serta dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat umum, turut perlu mendekati generasi muda IPTA/IPTS agar segala dasar, program dan kempen kerajaan dapat diterima, disokong dan dihayati.
Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan generasi muda selain dapat membentuk rangkaian generasi muda yang dapat membantu JaPen dalam menyebarkan dasar-dasar kerajaan kepada rakan sebaya secara khususnya dan rakyat secara umumnya.Selain daripada itu juga,ia bertujuan untuk memperkasakan semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda tanpa mengira kaum, bangsa dan agama dan seterusnya memupuk nilai-nilai murni dan pembentukan jati diri ke arah pembentukan generasi muda yang berdisiplin dan berkualiti.
Diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat memperkukuh dan mempertingkatkan semangat cintakan negara serta jati diri dalam kalangan generasi muda khusunya dan rakyat Malaysia umum.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: